JITRA, 1 Jun (HPM) — Terdapat dua jenis lemak dalam makanan iaitu lemak tepu dan tidak tepu dalam pemakanan yang diambil.

Lemak tepu mahupun tidak tepu sangat ditakuti oleh orang ramai terutama mereka yang mengalami obesiti kerana lemak jenis ini sukar untuk dipecah.

Lemak tepu berbentuk pepejal dan keras dibawah suhu sejuk kerana lemak tepu cepat membeku biasanya daripada lemak haiwan tetapi tedapat juga dalam lemak tumbuhan seperti santan kelapa.

Pengambilan lemak tepu yang berlebihan akan meningkatkan tahap kolestrol darah dan meningkatkan risiko penyakit jantung.

Lemak tidak tepu lembut walaupun disimpan didalam peti sejuk. Kebiasaanya daripada tumbuhan terdapat dua jenis lemak tidak tepu iaitu lemak mono tidak tepu Monounsaturated Fat-MUFA seperti minyak zaitun dan minyak kelapa.

Manakala lemak poli tidak tepu ialah Polyunsaturated-PUFA seperti minyak bunga matahari,minyak jagung dan marjerin lembut.

About these ads