Buasir akan menyebabkan kesakitan di bahagian dubur

BUASIR adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah.

Ada beberapa petua bagi mengelakkan berlakunya buasir. Antaranya banyakkan minum air sekurang-kurangnya 1.5 – 2 liter sehari.

Selain itu, makan makanan seimbang dan banyakkan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Gunakan tandas pada masa yang ditetapkan seperti selepas bangun tidur setelah meminum segelas besar air.

Elakkan dari memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan seperti makanan pedas atau berempah, atau yang boleh merangsangkan usus seperti kopi atau teh.

Apabila terdapat gejala-gejala tertentu seperti darah dalam najis,sakit atau gangguan pada dubur, berjumpalah doktor.

About these ads