JITRA, 14 Mei (HPM) – Buah pinggang atau ginjal merupakan organ rumit yang memiliki pelbagai peranan biologi. Peranan utamanya adalah bagi mengekalkan imbangan homeostatik cecair badan dengan penapisan dan penyingkiran metabolit (seperti urea) dan galian dari darah dan menyingkirkannya, bersama air kencing.

buah pinggang merupakan organ penting untuk manusia

Menurut Ketua Pegawai Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) telah memberitahu bahawa masalah buah pinggang biasanya dikesan menerusi tekanan darah tinggi, tahap kreatinine (urea) yang tinggi dalam darah, kewujudan darah atau protein dalam air kencing, tanda kerosakan buah pinggang dan sejarah keluarga berpenyakit buah pinggang polisistik iaitu sejenis penyakit buah pinggang yang diwarisi.

“ Penyakit buah pinggang ini juga mempunyai tahap-tahap tertentu iaitu pada peringkat utama dan kedua adalah peringkat yang menunjukkan masalah buah pinggang ini agak minima. Manakala pada peringkat ketiga pula pesakit akan mengalami anemia atau penyakit tulang peringkat awal. Bagi pesakit yang sudah berada diperingkat keempat dan kelima, pesakit perlulah menjalani permindahan organ atau menjalani rawatan dialisis,” katanya.

“Pesakit buah pinggang boleh menaruh harapan sekiranya pencegahan awal dapat dilakukan bagi mengurangkan tempoh masa penularan penyakit itu dan jika ianya tidak mendapat rawatan, penyakit ini boleh mengakibatkan kematian,” tambahnya lagi.

About these ads