JITRA, 14 Mei (HPM) – Merujuk kepada laporan kedua Daftar Kanser Kebangsaan Mengenai Kejadian Kanser di Malaysia 2003 yang diterbitkan pada tahun 2004, kanser hati merupakan kanser ke-10 paling kerap ditemui di kalangan lelaki dan wanita.

penyakit barah hati boleh menyebabkan kematian

Menurut Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR), faktor risiko menghidap kanser hati termasuk jangkitan kronik virus Hepatitis B atau C yang berkait dengan sirosis atau gangguan struktur hati normal oleh fibrosis dan pembentukan nodul yang disebabkan oleh pelbagai keadaan yang memberi kesan pada hati seperti ketagihan alkohol, obesiti, diabetis dan penggunaan tembakau.

“Antara kebanyakan pesakit berusia dalam lingkungan 30 tahun ke atas kerana virus Hepatitis B mengambil masa agak lama untuk merosakkan hati dan apabila telah rosak, ia akan merebak dengan cepat,” katanya.

“Kebanyakkan kes barah hati diperingkat awal tidak mempunyai sebarang tanda atau gejala akan tetapi jika penyakit itu sudah berada ditahap yang serius pesakit disarankan menjalani pemeriksaan,” ujarnya lagi.

About these ads