Mata adalah permata paling berharga

RABUN mata adalah keadaan di mana cahaya dari objek yang dilihat tidak difokuskan di atas retina. Ianya disebabkan oleh ketidakseimbangan di antara panjang bola mata dengan kuasa kornea dan kanta mata.

Terdapat 4 jenis rabun mata.

1)      Miopia (Rabun jauh) ialah keadaan di mana cahaya dari objek difokuskan di hadapan retina kerana bebola mata panjang. Oleh itu objek jauh kelihatan kabur sedangkan objek dekat kelihatan jelas. Tanda-tanda ianya berlaku ialah seperti kabur bila melihat jauh. Contohnya, memandang papan hitam serta mengecilkan mata apabila melihat jauh dan juga sakit kepala apabila melihat cahaya.

2)      Hiperopia (Rabun dekat) ialah keadaan di mana cahaya dari objek difokuskan di belakang retina kerana bebola mata yang pendek. Oleh itu, objek dekat kelihatan kabur sedangkan objek jauh kelihatan jelas. Tanda-tandanya kabur apabila membaca, sakit kepala/sakit mata, mengecilkan mata semasa membaca dan mata terasa cepat letih bila melakukan kerja jarak dekat.

3)      Astigmatism pula ialah keadaan di mana permukaan kornea tidak rata dan cahaya dari objek difokuskan samada di belakang retina, di hadapan retina atau kedua-duanya sekali. Oleh itu, objek kelihatan kabur dan herot-benyot. Tanda-tandanya seperti kabur penglihatan /objek kelihatan herot-benyot, silau serta sakit mata.

4)      Presbiopia (rabun tua) ialah keadaan di mana kanta mata kurang berupaya untuk memfokus objek dekat disebabkan oleh proses penuaan. Lazimnya bermula ketika umur menjangkau 40 tahun. Tanda-tanda seperti kabur bila membaca atau menjalankan kerja dekat.

Rawatan untuk mata rabun seperi memakai cermin mata, memakai kanta sentuh, pembedahan refraktif dan Orthokeratology iaitu pembetulan kornea menggunakan kanta sentuh khas.

Selain itu, produk dari Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) ada untuk rawatan mata. Pengasasnya, Datuk Dr Che Rozmey Che Din telah memformulasikan dR 8 sebagai rawatan alternatif khas untuk mata.

Bukan sahaja masalah rabun, malah masalah lain yang berkaitan dengan mata dapat dipulihkan dengan dR 8. Kandungan bahan semulajadi di dalam produk ini tidak perlu dibimbangkan lagi kerana ianya dijamin selamat tanpa was-was.

About these ads