Mengalami kehidupan yang tidak sempurna seperti tidak cukup makan dan minum,tinggal di atas runtuhan bangunan malah sentiasa menghirup udara yang berbau belerang dan bahan kimia fosforus tidak menjejaskan kesihatan tubuh badan penduduk Gaza ini.

Tidak hairanlah jika rakyat negara ini dinobatkan sebagai penduduk yang paling sihat di dunia. Ini terbukti apabila keseluruhan penduduk negara ini mengamalkan gaya hidup sihat yang dianjurkan oleh ahli perubatan moden.

Mereka menghindari makanan yang mempunyai lemak,berminyak serta yang mengandungi kadar kolestrol tinggi yang boleh terdedah kepada penyakit seperti tekanan darah tinggi,sakit jantung,lelah dan kegemukan(obesiti). Selain itu,mereka juga aktif berolahraga dan berjalan kaki di sekitar penempatan.

Tabiat ini sangat memberi manfaat bagi kesihatan tubuh badan, sistem pernafasan,aliran darah,kekuatan otot serta kesegaran akal fikiran.Berolahraga bukan sahaja dilakukan oleh golongan dewasa sahaja malahan ianya turut digemari oleh golongan lanjut usia,kurang upaya dan juga wanita hamil.

Pengambilan makanan organ dalaman haiwan sudah tidak diamalkan oleh penduduk negara ini malah sebaliknya mereka mengamalkan pengambilan buah-buahan segar sebelum mengambil makanan berat.

Selain itu,penduduk negara ini amat mendisiplinkan tatacara pemakanan seperti makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang serta tidak minum ketika sedang makan.

Amalan yang dilakukan ini telah menunjukkan penduduk negara ini amat menitikberatkan kesihatan tubuh badan mereka walaupun negara mereka dilanda peperangan.

About these ads