penghidap psoriasis..

Penyakit psoriasis adalah penyakit yang kronik yang bertompok merah,tebal dan bersisik.Psoriasis melibatkan antara 2 hingga 3 peratus penduduk di Malaysia.Ia boleh terjadi kepada semua peringkat umur samada kanak-kanak ,dewasa atau warga emas.Bagaimanapun,lebih banyak kes berlaku di kalangan yang berumur antara 20 hingga 30 tahun atau 60 tahun ke atas.

Antara faktor yang merangsang penyakit kronik ini ialah cahaya matahari. Cahaya matahari merangsang 10 peratus daripada pesakit psoriasis walaupun sebahagian besar keadaan pesakit menjadi lebih baik dengan pendedahan cahaya matahari.

Selain itu,pengambilan ubat-ubatan seperti ‘beta blockers’ untuk rawatan penyakit darah tinggi dan sakit jantung,’lithium’ untuk penyakit psikiatri serta ubat untuk perawatan malaria boleh merangsang kepada penyakit psoriasis.

Fenomena ‘koebner’ merupakan salah satu perangsang kepada penyakit kronik ini.Ianya merupakan suatu keadaan trauma pada epidermis dan dermis seperti kesan garu,luka atau pembedahan akan menyebabkan Psoriasis tumbuh di tempat berkenaan.

Selain itu.jangkitan kuman seperti jangkitan sakit tekak oleh bakteria ‘Streptococcus’ juga boleh merangsang ‘guttate psoriasis’.

Psoriasis terbentuk di mana-mana bahagian kulit samada dari kulit kepala hingga ke hujung kaki termasuk bahagian kuku.Penyakit ini terjadi disebabkan ‘abnormality’ pada system imuniti atau lebih khusus pada sel limfosit T dari kumpulan sel darah putih.

Pada peringkat awal,psoriasis timbul dalam bentuk bintik kecil merah dan kemudian menjadi tompok merah.Tompok merah kemudiannya menebal dan mengeras.Lapisan keras berkenaan akan menjadi sel-sel mati berwarna perak.

About these ads