JITRA, 15 April (HPM) – Lemak tergolong dalam dua jenis iaitu lemak tepu dan lemak tidak tepu serta kebanyakan lemak merbahaya kepada kesihatan tubuh manusia.

Lemak tepu mahupun tidak tepu sangat ditakuti oleh orang ramai terutama mereka yang mengalami obesiti dan salah satu punca kegemukan adalah disebabkan pengambilan lemak yang berlebihan.

Makanan seperti ini mengandungi banyak lemak

Lemak tepu berbentuk pepejal dan keras dibawah suhu sejuk kerana lemak tepu cepat membeku biasanya daripada lemak haiwan tetapi tedapat juga dalam lemak tumbuhan seperti santan kelapa.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing (HPM), Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR), pengambilan lemak tepu yang berlebihan akan meningkatkan tahap kolestrol darah dan meningkatkan risiko penyakit jantung.

Lemak tidak tepu lembut walaupun disimpan didalam peti sejuk.Kebiasaanya daripada tumbuhan terdapat dua jenis lemak tidak tepu iaitu Lemak Mono Tidak Tepu ‘Monounsaturated Fat –MUFA’ seperti minyak zaitun dan minyak kelapa.

Manakala lemak poli tidak tepu ialah ‘ Polyunsaturated-PUFA’ seperti minyak bunga matahari,minyak jagung dan marjerin lembut.

About these ads