JITRA, 13 April (HPM) — Ketika ramai wanita berlumba-lumba dan sanggup berhabis wang untuk langsing, Nor Mazuin Abd Aziz, 30, pula menentang arus. Ibu kepada tiga anak ini tidak jemu-jemu berusaha untuk menaikkan berat badannya yang dianggap terlalu ‘langsing’.

Sebelum

Dengan ketinggian 150 sentimeter (cm) dan berat badan sekitar 44kilogram (kg), Awin menganggap dirinya tidak cantik dan terlalu kurus sehingga dia berasa rendah diri kerana tidak boleh memperagakan fesyen terkini seperti rakan-rakan lain.

“Saya memang berbadan kurus sejak di zaman persekolahan. Ketika itu, di kalangan kawan-kawan, sayalah yang paling kurus. Namun, tak berasa terlalu kurus kerana belum pandai berfesyen.

“Tapi selepas memasuki alam remaja, saya mendapati saiz badan saya yang kurus ini mendatangkan masalah apabila mahu memilih pakaian. Kadang-kadang saiz S pun sudah terlalu besar untuk tubuh badan saya,” kata Awin.

Bagaimanapun ketika itu Awin tidak ambil kisah sangat walaupun sudah ada kawan-kawan menegur mengenai dirinya. Dia menganggap bentuk badannya sebagai biasa dan akan berubah seperti orang lain bila dia memasuki alam rumahtangga.

Namun, perubahan yang diharapkan tidak menjadi kenyataan. Selepas beranak tiga, tubuhnya tetap kurus sehingga ada kalangan ahli keluarga menegur dan menganggap dia mempunyai masalah.

“Setiap kali pulang ke kampun , keluarga menegur dan mengusik mengatakan saya tak diberi cukup makan oleh suami. Apa yang menghairankan, saya ni memang jenis kuat makan tapi badan tak naik-naik juga.

“Saya juga minum banyak susu seperti disarankan doktor namun tak berhasil menaikkan badan saya. Di samping itu, saya mencuba beberapa produk untuk menaikkan berat badan tapi gagal”, katanya.

Terkini

Akhirnya, pada Mac tahun lalu, beliau mencuba Gain 5, produk keluaran Herba Prima Marketing (HPM) dan ternyata usaha beliau kali ini membuahkan hasil.

“Selama tiga minggu saya minum Gain 5 dua kali sehari, pagi dan sebelum tidur, saya dapati ada perubahan ketara. Berat badan saya naik ke 48 kg kemudian 49 kg dan kini 50 kg. Kini, saya berusaha untuk menaikkan berat ke 53 kg”.

Menurut Awin, sepanjang mengamalkan Gain 5, dia sentiasa berselera untuk makan. Pendek kata, selagi belum tidur, mulutnya sentiasa mahu mengunyah dan perut pula sentiasa terasa lapar.

“Perubahan lain yang saya rasakan selepas mengamalkan minum Gain 5 ialah tubuh rasa lebih bertenaga, muka saya yang dulu nampak sembab kini lebih segar dan saya dapati masalah kulit berminyak sudah diatasi,” ujarnya.

Bagi sesiapa yang ingin berkongsi pengalaman dengan Nor Mazuin, beliau boleh dihubungi melalui talian 012-6950200 atau melayari blog beliau di http://www.pengedarjusmate5.blogspot.com

About these ads