JITRA, 13 April (HPM) – Kecantikan dalaman adalah penting untuk wanita bagi memastikan kekal sihat, jelita dan mendapatkan bentuk badan idaman.

Pengeluar produk makanan kesihatan, Herba Prima Marketing (HPM) mempunyai rumusan khas untuk wanita tampil anggun dengan memiliki kecantikan dalaman melalui produk keluarannya, dR Silky.

Ketua Pegawai Eksekutif HPM, Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR), berkata rumusan dalam dR Silky dihasilkan beliau sendiri melalui formulasi yang mengandungi ramuan semulajadi.

“Formulasi ajaib ini adalah hasil penyelidikan yang menggabungkan ramuan terpilih dan  bertindak secara sinergi bagi merawat bentuk badam serta kulit untuk wanita.

“Antara kelebihan dR Silky ialah dapat membentuk pinggul dan payudara dengan memberikan keyakinan serta kepuasan kepada wanita untuk memiliki bentuk badan idaman,” katanya.

Menurut DDR lagi, antara bahan yang terkandung dalam dR Silky ialah vitamin C, vitamin E, asid folik, kolagen marin, lobata, mirifica dan astaxanthin.

Kelebihan vitamin C dalam dR Silky ialah ianya anti-oksida yang melindungi dari kecederaan radikal bebas dan membantu mempertingkatkan imuniti badan serta penghasilan kolagen.

Manakala vitamin E bertindak sebagai anti-oksida yang mampu meneutralkan radikal bebas yang merosakkan badam dan penting dalam proses pembekuan darah serta membantu menyembuhkan luka.

Fungsi asid folik pula ialah vitamin utama untuk fungsi pembaikan sel badan dan membantu pembentukan kulit serta mengurangkan kedut di wajah.

Lobata kaya dengan phyto-estrogen yang mempercepatkan dan menstabilkan hormon wanita. Ianya amat penting dalam mengekalkan tahap sel badan wanita berada dalam tahap yang terbaik dan membantu pertumbuhan organ pembiakan wanita.

Kebaikan mirifica amat berkesan dalam memperlahankan proses penuaan seperti kedutan kulit, rambut, tulang dan payudara yang kendur, manakala astaxanthin bertindak sebagai anti-oksida terbaik untuk merawat kulit.

Produk dR Silky terbukti selamat dan berkesan untuk membantu kecantikan dalaman wanita serta sudah dibuktikan melalui testimoni yang berjaya.

About these ads