Sit up boleh bantu kecilkan pinggang

JITRA, 9 April (HPM) – Ramai orang yang ingin mengurangkan saiz ukur lilit pinggang mereka. Ini bagi mendapatkan bentuk pinggang yang menawan.

Lemak yang tersimpan disekitar abdomen hanya boleh dikurangkan melalui diet dan senaman. Diet yang seimbang dengan mengurangkan pengambilan kalori mampu mengecilkan saiz pinggang.

Senaman aerobic dan kardio juga boleh membakarkan lemak di dalam badan. Latihan bangkit tubi adalah digalakkan supaya otot-otot disekitar abdomen dapat digerakkan.

Twist bantu kecilkan ukur lilit pinggang

Untuk mengkompleman usaha mengecilkan pinggang, program nyahtoksin boleh dilakukan untuk menyingkirkan toksin-toksin yang selalunya tersimpan dalam tisu adipos.

Senaman ‘twist’ juga bagus dilakukan untuk mengecilkan saiz pinggang kerana gerakan ini banyak melibatkan pergerakan pinggang.

About these ads