JITRA, 9 Mac (HPM) — Psoriasis merupakan sejenis penyakit kulit yang dicirikan dengan keadaan kulit bersisik yang gatal dan kemerahan.Kebiasaannya,penyakit kulit ini berlaku di kawasan siku, lutut dan kulit kepala. Psoriasis berlaku apabila kadar pembahagian sel kulit melebihi kadar penanggalan sel kulit mati. Pesakit psoriasis juga didapati mengalami masalah metabolisme vitamin D.

Inilah penyakit yang dihidapi oleh Muhamad Fuad Yaacob,44 dari Taman Sentul,Jaya Juru,Pulau Pinang.Setelah hampir 20 tahun menderita penyakit kulit bersisik, gatal dan kemerahan atau lebih dikenali sebagai psoriasis, beliau menaruh harapan yang tinggi untuk pulih seperti biasa selepas sebulan menggunakan produk Jus DR-II keluaran Herba Prima Marketing (HPM).

Menurut beliau lagi,penyakit yang dihidapi seawal usianya 24 tahun itu membuatkan hidupnya tiada arah tujuan. Tambahan beliau,penyakit itu turut memberi tekanan hebat kepada dirinya kerana sejak mengalami penyakit tersebut ,dirinya sering bertukar-tukar kerja sehingga menyebabkan beliau kehilangan punca pendapatan tetap.

Walau bagaimanapun, keperitan hidup yang dialaminya itu, mencuri perhatian Ketua Pegawai Eksekutif HPM, Datuk Dr.Che Rozmey Che Din bagi menaja produk tersebut secara percuma untuk merawat penyakit yang dialami beliau.

Muhamad Fuad berkata dia menerima produk Jus DR-II pada 24 Jun lalu melalui penghantaran (courier) terus ke rumahnya.Produk itu diminum sebungkus sehari dan selepas sebulan ternyata Jus DR-II melihatkan perubahan yang positif  terhadap kulitnya.

“Saya dinasihatkan untuk minum dua bungkus jus DR-II sehari bagi menampakkan hasil yang konsisten.

“Kini setelah sebulan menggunakan prduk ini, kulit saya kelihatan bertambah anjal dan halus.Saya berharap agar penyakit ini akan pulih tidak lama lagi,” katanya.

Menurutnya lagi, dia ingin kehidupannya kembali normal seperti insan yang lain disamping dapat menjalankan pekerjaannya sebagai peniaga dengan lebih baik.

Kini,Muhamad Fuad berasa amat bersyukur setelah menemui sebuah produk yang dianggapnya sebagai  penawar ‘ajaib’ yang telah merubah corak kehidupan sehariannya.

About these ads