JITRA, 27 Feb (HPM) – Selama ini banyak info mengenai tips untuk menguruskan badan sahaja yang dipaparkan, namun kali ini akan dipaparkan tips bagaimana untuk membesarkan badan bagi golongan yang terlalu kurus.

DDR bersama sebahagian produk keluaran syarikatnya termasuk Gain 5

Sebelum itu, ketahui sebab-sebab badan kurus. Antaranya ialah selalu tertekan dan memikirkan tentang sesuatu perkara sehingga beremosi. Emosi dan luapan perasaan yang berlebihan boleh membuang energi/tenaga yang banyak.

Ada juga sesetengah orang yang terlalu mudah membuang sisa makanan sehingga badan tidak sempat mengambil banyak manfaat dari makanan yang masuk ke dalam badan.

Jika penyebabnya seperti di atas dan bukan kerana bawaan struktur tubuh yang memang kecil , dibawah ini ada beberapa tips jika ingin membesarkan badan.

Adalah penting bagi anda untuk menenangkan fikiran dan menghentikan fikiran yang tidak keruan. Anda juga perlu sentiasa beristirehat sebanyak yang mungkin.

Sebelum tidur minumlah minuman yang hangat seperti minuman milo, susu dan horlicks serta tidur pada waktu siang sekurang-kurangnya 1 atau 2 jam.

Sukan atau olahraga sebenarmya dapat membantu menambahkan berat badan kerana apabila banyak tenaga yang keluar, pasti akan berasa lapar.

Bagi perokok pula, usahakan untuk kurang atau lebih baik berhenti terus dan gantikan aktiviti merokok dengan mengunyah sesuatu seperti keropok dan sebagainya.

Anda juga haruslah mengatur jadual makan dan perlukan memakan makanan yang bergizi dan jangan lupa untuk minum susu dua kali sehari.

Akhir sekali, rajin-rajinlah berjumpa dengan doktor dan minta nasihat doktor tentang pemakanan anda supaya perkembangan tubuh badan anda seimbang.

Rangkaian produk Herba Prima Marketing Sdn Bhd turut menyediakan Gain 5 yang dapat membantu meningkatkan selera makan anda. Kebanyakan testimoni telah berjaya menaikkan berat badan mereka.

About these ads