JITRA, 23 Feb (HPM)—Jom Heboh kini kembali lagi dan bakal menggamatkan suasana dengan pelbagai gerai yang dibuka kepada pengunjung bermula pada 27 dan 28 Februari nanti di  Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Pelbagai aktivitri turut menyerikan Jum Heboh

Syarikat Herba Prima Marketing(HPM) turut terlibat dalam menjayakan Jom Heboh serta turut membuka dua gerai termasuklah jualan produk minuman kesihatan pelangsingan badan serta 10 produk kesihatan lain.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan di gerai HPM seperti permainan ‘puzzle’,’quiz’ dan silang kata bagi pengunjung serta turut disediakan cabutan bertuah bagi pembeli produk jus kesihatan Dr Rozmey.

Aktiviti ini adalah untuk menarik perhatian seberapa banyak pengunjung untuk turut sama-sama memeriahkan gerai HPM sepanjang tempoh dua hari berkampung di Stadium Bukit Jalil.

About these ads