JITRA, 6 Feb (HPM) – Ramai di antara kita tidak sedar tentang tahap kesihatan sewaktu berada di pejabat. Hampir setiap hari kita berada di kerusi mengadap komputer yang boleh membawa risiko kepada kesihatan.

Berikut ialah tips menjaga kesihatan ketika berada di pejabat:

  • Makanan ringan yang dijadikan kehidupan yang sering disediakan oleh teman sekerja di meja anda dapat menambahkan beribu-ribu kalori. Jika tidak berhati-hati, ia boleh merosakkan diet dan menambahkan berat badan.
  • Berehat seketika, tarik nafas panjang dan hapuskan keinginan untuk makan makanan manis. Sekiranya lapar, lebih baik membawa buah-buahan dari rumah.
  • Minum air sekurang-kurangnya 10 gelas setiap hari dan cara untuk memastikan dapat menghabiskan 10 gelas air sehari ada caranya iaitu menghabiskan tiga botol besar air mineral.
  • Berjalan kaki ketika ingin membeli makanan tengahari amat baik kerana ia bukan saja dapat membakar kalori tetapi dapat meredakan tekanan dan badan lebih segar.
  • Makan pada waktu tengahari adalah penting untuk kesihatan seimbang dan jangan makan terlalu banyak.
  • Ketegangan mata merupakan salah satu masalah akibat terlalu lama duduk di hadapan komputer serta boleh menyebabkan sakit kepala, kurang fokus dan menambahkan sensitiviti kepada cahaya.
  • Untuk mengurangkan tekanan, cara yang paling sesuai adalah hiburan. Hiburan di pejabat sangat berguna untuk meredakan diri daripada kesibukan .
  • Mereka yang terlalu fokus kepada sesuatu tugas boleh mempengaruhi kesihatan. Contohnya, mereka mengalami tekanan yang boleh mempengaruhi mood dan hubungan.
  • Papan kekunci, tetikus dan telefon yang biasa anda gunakan menjadi sarang ribuan kuman dan National Consumers League menyarankan agar sentiasa membersihkan objek tersebut untuk membasmi segala jenis kuman.
  • Perkara paling penting untuk menjaga kesihatan di tempat kerja adalah kesedaran diri kerana sebagai pekerja perlu mengetahui diri sendiri dan batasan yang dimiliki. Berehat dan berhibur apabila perlu dan jangan lupa untuk bersenam bagi membantu memberikan kekuatan fizikal dan mental, tidak kira di rumah atau pejabat.