JITRA, 5 Feb (HPM) – Syarikat Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) telah menarik minat Koperasi Guru-guru Muar untuk menyertai skim pembiayaan rangkaian membeli produk kesihatan keluaran HPM.

Pengerusi Koperasi Perniagaan Guru-guru Muar Berhad (KPGMB), Abdul Fadzil Hussin berkata pihaknya telah merealisasikan persetujuan bersama syarikat HPM dengan mengadakan perbincangan bagi menggalakkan ahlinya menyertai skim pembiayaan rangkaian produk kesihatan HPM.

Disebabkan tertarik dan kagum dengan kehebatan produk melalui testimoni yang didedahkan menerusi  akhbar Harian Metro, beliau yakin dengan pembiayaan pinjaman setiap ahli bernilai RM2,000, ia mampu mewujudkan budaya sihat dikalangan ahlinya seramai 1500 orang.

Wakil daripada KPGMB telah mengadakan lawatan di HPM baru-baru ini yang bertujuan untuk menimba ilmu dan melihat sendiri corak perniagaan di bawah naungan Datuk Dr Che Rozmey Che Din selaku Ketua Pegawai Eksekutif HPM.

Mereka menyatakan rasa gembira dan teruja kerana dapat melihat sendiri keadaan pejabat HPM dan pusat rawatan pelangsingan badan, Rozmey Beauty Specialist Fitness Centre  (RBSFC) di Bandar Darul Aman, Jitra, Kedah.

Datuk Dr Che Rozmey berkata, sistem pemasaran HPM tidak seperti perniagaan pemasaran (MLM) di mana seorang ahli perlu meredah kawasan jauh untuk mencari pelanggan kerana HPM menggunakan perkhidmatan internet yang boleh diakses di mana-mana sahaja termasuk di rumah.

About these ads