JITRA, 4 Feb (HPM) – Untuk memelihara kecergasan diri, setiap orang perlu bersenam untuk sentiasa kekal sihat dan cerdas.

Jangan memaksa diri untuk bersenam apatah lagi jika seseorang itu sudah bersedia. Lakukan senaman dengan cara yang betul seperti:

  1. Senaman angkat berat untuk semua kumpulan otot (dada, belakang, bahu, lengan, perut dan kaki) sekurang-kurangnya dua hari dalam masa seminggu.
  2. Mulakan tanpa mengangkat apa-apa beban. Jika mahu, boleh memilih dumbel yang mempunyai beban yang ringan.
  3. Buat senaman sekurang-kurangnya sebanyak 10 hingga 15 kali. Jika anda yakin boleh melakukannya lebih, tambahkan berat.
  4. Apabila tubuh sudah boleh menyesuaikan diri, tambahkan kekerapan bersenam dalam masa seminggu.
  5. Pastikan anda membuat gerakan  ringan sebelum dan sesudah bersenam.
About these ads