JITRA, 3 Feb (HPM) – Uban bukan hanya didominasi oleh orang tua sahaja kerana ramai anak muda yang usianya di bawah 30 tahun sudah ada rambut putih.

Rambut beruban bukan hanya berlaku pada usia tua

Keadaan ini boleh dikatakan kerap berlaku kepada kaum lelaki. Puncanya berlaku apabila wujud rantai reaksi kimia di rambut dan menyebabkan rambut menjadi putih dengan sendirinya.

Antara sebab-sebab terjadinya rambut beruban ialah kekurangan vitamin, faktor genetik, kurang gizi, kesan radiasi, rawatan yang tidak sesuai dan gaya hidup seperti merokok menjadi punca.

Untuk mengatasi rambut beruban, seseorang haruslah mengelakkan tekanan dengan cara menikmati kehidupan dengan penuh ceria.

Pengambilan makanan yang seimbang adalah penting selain senaman dan tidur yang cukup.

Rambut juga memerlukan nutrisi. Maka, carilah vitamin yang khusus untuk rambut dan gunakan pelembap yang sesuai.

Jumpalah dengan doktor untuk mendapatkan nasihat tentang penjagaan rambut.

Terapi akupuntur yang menggunakan jarum dengan berpusatkan kepada lima titik saraf di kepala adalah sangat baik. Namun, dapatkan nasihat doktor dan jangan pergi akupuntur sebarangan.

Rambut yang sihat dan menawan adalah idaman setiap insan kerana ianya adalah mahkota kita.

About these ads