JITRA, 3 Feb (HPM) — Tidak semua orang menyukai susu. Amalan meminum susu dapat membantu kita untuk memiliki kulit yang halus dan lembut serta berseri.

Susu mengandungi kandungan semulajadi Beta Hydroxyl Acids yang bukan hanya dapat mengangkat sel kulit mati tetapi juga dapat melembutkan kulit dan membuatnya bercahaya.

Mandi susu dan madu merupakan cara mandi kecantikan yang paling digemari sepanjang masa, terutamanya kaum wanita.

Tidak hanya untuk kulit, bahkan ianya baik untuk rambut kerana protein di dalamnya dapat menjadikan rambut berkilau.

Kandungan susu yang dicampur dengan biji-biji gandum pula baik untuk kulit sensitif kerana ia dapat melembutkan dan memberi kelembapan kepada kulit.

Produk yang mengandungi susu juga dapat digunakan untuk kulit bayi dan di setiap peringkat usia pada anak-anak.

About these ads