JITRA, 28 Jan (HPM)– Lemak secara kimia  tersusun oleh sekelompok senyawa yang berbeza. dalam bahan makanan lemak yang terdiri dari dua bentuk, iaitu yang nampak (visible) dan yang tidak nampak (invisible).

Mentega, marjerin, minyak goreng adalah lemak yang nampak manakala lemak yang tidak nampak pula terdiri terdapat berbagai bahan makanan seperti daging, kacang tanah, susu, telur, dan sebagainya.

Fungsi dan manfaat terhadap lemak  makanan mempunyai peranan yang penting dimana kandungan kalorinya sangat tinggi, selain itu adanya lemak dalam bahan makanan dapat memberikan citarasa kelazatan yang lebih menarik.

Lemak juga dapat melarutkan berbagai vitamin, iaitu vitamin A, D, E dan K. Bahan makanan yang mengandungi lemak akan menjamin penyediaan vitamin-vitamin tersebut untuk keperluan tubuh.

Lemak dalam tubuh mempunyai peranan yang penting kerana lemak dalam tubuh dapat melindungi berbagai organ yang penting, seperti ginjal, hati dan sebagainya.

About these ads